Apa itu Tuhau???Jika anda berasal dari negeri di bawah bayu, pasti anda tahu apa itu tuhau.
Bagi sabahan people, tuhau merupakan salah satu daripada makanan kegemaran mereka. Betul tak? Betul la tu.. Apa yang menarik sangat tentang tuhau ni? Sedap sangatkah? Macamana nak buat tuhau? Mm..jangan risau, semua orang boleh buat tuhau. Budak tadika pun boleh buat. Orait..bagi mereka yang tidak tahu cara-cara membuat tuhau, hari ini saya mahu berkongsi resipi membuat tuhau yang sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-tuhau 5 batang (biasanya ada jual di tamu)
-limau kasturi 10 biji /cuka
-cili 5 biji (kalau mau pedas, boleh letak banyak)
-bawang putih 5 ulas
-garam
-ajinomoto
Cara-caranya
-mula-mula buangkan kulit tuhau yang keras dan ambil bahagian yang lembut sahaja
-kemudian tumbuk tuhau menggunakan lesung batu sehingga hancur
-masukkan cili dan bawang putih, tumbuk sekali bersama tuhau
-masukkan limau/cuka (sehingga cukup rasa masam)
-lepas tu, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
-siap untuk dihidangkan